Pages

Sunday, February 20, 2011

aku berdosa..

aku mungkin terlalu jahil kalau hendak dibandingkan dengan engkau dan kalian.. disebabkan itu engkau dan kalian memandang aku hanya seperti di hujung kaki. mungkin jugak dah terlalu lama kau dan kalian melihat aku dengan rasa menghina sehinggalah kau dan kalian mendapat peluang menghamburkan aku dengan perkataan kesat dari lidah sempurna yang Allah pinjamkan kepada kau dan kalian.

dah lama kau dan kalian hamburkan perkataan kesat kepada aku.. sehinggalah hati aku yang dah sememangnya jahil ni jadi semakin busuk dengan perasaan benci yang membuak-buak. kau dan kalian yang alim pun ditembusi hasutan syaitan... inikan pulak aku yang terlalu jahil. justeru marah dan benci aku sebenarnya jauh lebih berkobar-kobar daripada kau dan kalian.

sehingga aku merasakan, kalaulah berdoa untuk sesuatu yang buruk itu tidak salah.. pasti aku doakan kau dihumban ke neraka sebab neraka itu sahaja seksaan yang amat pedih. dan aku tidak akan jemu-jemu berdoa supaya Allah memilih menjadikan sesuatu sebab supaya kau dan kalian menjadi ahli neraka jahannam. Ya Allah, ampunkan aku..

mungkin semalam dan hari ini, kau dan kalian ada tanda-tanda menjadi ahli syurga.. tapi bukanlah sesuatu yang mustahil jika esoknya terpalit pula tanda-tanda kau dan kalian adalah salah seorang ahli neraka dek kerana banyak menyumpah dan mengfitnah aku yang jahil ini. bukankah terlalu rugi..? janganlah kau hanya cerminkan muka kau dan kalian yang sememangnya tidak kacak dan lawa itu.. belajarlah pulak cerminkan hati.

maaf, penulisan di atas adalah penulisan yang amat songsang. aku bukanlah sejahil kau dan kalian sangkakan.. sebesar manapun dosa aku, kau dan kalian lakukan... besar lagi rahmat dan pengampunan Allah. sama-samalah kita bertaubat. kadang-kadang kita amat berhati-hati supaya tingkah dan laku kita tidak terlibat dengan dosa-dosa besar. tanpa kita sedar... kita dah terlalu banyak menghimpun dosa-dosa yang kecil. dah akhir zaman pun, syaitan mungkin tukar strategi untuk menarik kita semua ke neraka.

syaitan-syaitan dah lama perasan kita mungkin takkan sembah berhala, membunuh, minum arak, berzina.. jadi, mereka tukar plan meracun kita menjadi seorang yang angkuh, sombong, riak dan tidak sabar.. sedang sabar itu separuh dari iman.. jadi sukatan iman kita telah kurang dari separuh kerana kita hanya beriman tatkala kita syahadah, solat, puasa, bayar zakat dan melakukan haji.. diwaktu lainnya, kita seperti seorang kafir:

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bersegeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti sepenggalan malam yang gelap gelita, seorang lelaki di waktu pagi mukmin dan di waktu petang telah kafir, dan di waktu petang beriman dan pagi menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kesenangan dunia." (HR. Ahmad)


Ya Allah, lindunganlah kami semua dibawah lindungan rahmat dan pengampunanMu.

Wednesday, February 09, 2011

seperti hisap curut lagaknya

Sesungguhnya kita adalah sombong kerana kita seakan perasan yang kita adalah seorang yang baik dan banyak ilmu.. sekali kita melatah, sekeliling akan melihat 'wajah hati' kita yang sebenarnya.

Tak payahlah kita canang sana dan sini hal dan buruk orang lain kerana sekali kita mencanang.. akan berkali-kalilah hal dan buruk kita akan terbuka dengan kehendakNya.

Tak payahlah kita sibuk nak mengukur banyaknya salah dan buruk orang lain sebab kita tak pernah nampak.. salah dan buruk kita, dah pun lebih daripada orang lain.

Muhasabahkanlah diri kita supaya akal kita tidak terus cacat..