Pages

Sunday, January 16, 2011

karangan bukit panorama...

Maha Suci Allah yang menciptakan dan mentadbir ruang alam.. Mengisi setiap ruang tanpa ada yang sia-sia. Rugilah bagi kita yang hanya sekadar menghayatinya dengan mata tanpa berfikir dengan akal.

Hari ini telah tertulis, aku salah seorang yang terlibat dalam pendakian bukit panorama di sungai lembing. Terima kasih kepada rakan-rakan dan jurufoto-jurufoto yang mengalu-alukan penglibatan aku. Tiba di kaki bukit, Dr Jamal memberi taklimat ringkas khusus bagi yang pertama kali datang. Katanya, perlu melangkah perlahan-lahan tanpa memaksa fizikal.

Dalam hening pagi, sebelum subuh. Kami semua memulakan pendakian, menyusun langkah, mengira anak tangga bukit panorama. Walau berat kaki melangkah, hati tetap aku kuatkan untuk menyaksikan sendiri apa yang ada di penghujung pendakian.

Dalam langkah yang kami aturkan, kedengaran azan subuh berkumandang dari masjid pekan sungai lembing, sayup-sayup tetapi jelas. Hampir separuh pendakian, diimamkan oleh Dr Jamal, kami semua mengerjakan solat subuh dalam rimba bukit panorama. Selesai saja solat, langkah diteruskan.

Berapa lama jarak pendakian, aku sendiri tidak sedar. Tiba di puncak bukit, keadaan masih lagi gelap. Agak lama menunggu, sedikit demi sedikit ruang beransur jelas. Kicauan burung kedengaran seperti menyanyi menyambut kedatangan kami.. Tefikir sejenak, jika aku seorang yang buta dan pekak... tentunya aku tidak dapat melihat dan dengar. Ya Allah Yang Maha Pemberi nikmat, aku bersyukur dengan nikmat pandang dan dengar yang Kau berikan. Jauhkanlah dan peliharalah dari terus alpa. Ampunkanlah aku.

Langit beransur-ansur terang, awan berkepul-kepul, memayungi kehijauan.. Saujana mata memandang. Kagum dengan karya Maha Pencipta. Yang bisa menciptakan dan menjadikan apa saja, juga yang menjadikan karya Agung untuk kita baca dan hayati. yang bisa mengubati apa saja penyakit, yang bisa meredakan api yang marah, yang bisa menyelesaikan sebarang keraguan - yakni Al-Quran. Ya Allah, ampunkanlah aku yang terlalu jahil ini. Ampunkanlah aku kerana kerap kali alpa.

Agak lama juga berada di puncak panorama. Dan kemudian, kami turun semula ingin pulang. membawa pulang kenangan seribu erti. Dan selepas ini aku akan kembali, bersama D.

*anda nak gambar anda lain dari yang lain? asah lens filter camera anda dengan kertas pasir.. confirm nampak lain dari yang lain.

Saturday, January 15, 2011

bukit panorama - part 2

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada nokia brand kerana menaja pendakian saya di bukit Pano dan Rama. Setakat ini, saya merasakan camera bertelefon nokia yang disertakan dengan garmin adalah satu-satunya camera paling praktikal untuk mendaki bukit tersebut kerana ia paling ringan, mudah bawa, user friendly dan tidak perlukan porter utk membawanya.

Selain itu, saya merasakan camera nokia adalah pemudah cara untuk kita menguploadkan photo-photo yang diambil berbanding dengan camera-camera berjenama lain. Oleh sebab itu, saya antara orang yang paling awal mengedit dan menguploadkan gambar yang baru diambil siang tadi.

Sekiranya anda menafikan kenyataan di atas, anda semua sebenarnya menyatakan pula yang anda seorang yang pemalas kerana lambat menguploadkan gambar atau anda seorang yang memang tidak pandai mengeditkan gambar kerana mengambil masa terlalu lama untuk mengupload..


kedai makan kak Rokiah yang menjadi pujaan pengphoto-pengphoto. kata mereka, menu paling spesel di sini adalah mee jowo.


kebanyakkan tingkap-tingkap kedai di sungei lembing sentiasa terbuka (gambar atas dan bawah). Mungkin simbolik ingin menunjukkan kepada orang luar bahawa penduduk sungei lembing sentiasa terbuka menerima kunjungan.




melihat dari atas, dunia masih lagi hijau (gambar atas)




nombor 8 memang sinonim dengan feng shui masyarakat cina.. (gambar atas)

anjing ini mungkin berada dalam keadaan keliru mencari jalan pulang ke rumah (gambar atas)





kereta mentor (doc ali) berada dalam frame tingkap rumah yang roboh (gambar atas)

watak yang sama dari sudut yang berbeza, snap shot pun bleh jadi lawa kalau tau komposisi. betul tak doc? (gambar atas bawah)


mereka bersantai di tengah-tengah bandaraya sungei lembing. bukan kerana kepenatan mendaki bukit tetapi kepenatan melantak mee jawa kak Rokiah. (gambar atas bawah)








timbul persoalan bila melihat batu bata yang disusun depan pintu rumah ini. Apa tujuannya ye?
(gambar atas)

bukit panorama - part 1

Hari ini, buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki di puncak bukit panorama, sungei lembing. jarak perjalanan dari Kuang Town mengambil masa beberapa jam jika kita berjalan kaki dan berhari-hari lamanya jika kita menghilir sungai menggunakan rakit.

Apapun, perjalanan saya hari ini adalah dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda yang dipandu oleh saudara Hairy Ery selaku pensyarah kolej shahputra yang juga merupakan seorang pengphoto profesional. Dalam tempoh yang tidak sampai sejam, kami tiba di kaki bukit panorama bersama-sama pengphoto-pengphoto lain yang ntah dari mana munculnya.

Sebelum mendaki bukit panorama, saya sempat menemubual seorang penduduk tempatan iaitu makcik markonah (bukan nama sebenarnya). Menurut beliau, asal-usul bukit panorama bukanlah dipetik dari perkataan dalam kamus dewan iaitu 'panorama' tetapi ia adalah kisah dewa dua beradik yang dibuang dari negeri kayangan. kedua beradik ini bernama Pano dan Rama.

Dikatakan, ketika dibuang dari negeri kayangan, mereka tercampak berasingan di atas puncak bukit Panorama. Si Rama melaung-melaung mencari adiknya.. Pano!!! dan Si Pano pula melaung-laung mencari abangnya.. Rama!!! laungan berkali-kali itu bergema dan telahpun menggemparkan penduduk tempatan sungei lembing. sejak hari itu penduduk tempatan memberi nama bukit itu bukit 'pano dan rama'. lama kelamaan sebutannya diringkaskan menjadi panorama. Dikatakan juga, kadang-kala masih lagi kedengaran suara kedua-dua beradik itu malaung-laung.


Begitulah bersungguhnya supian muda (tetap bukan nama sebenar) menyampaikan kisah berkenaan bukit panorama kepada saya. Tamat sahaja cerita, dia tersenyum dan bersalaman dengan saya serta terus meminta diri untuk pergi. Katanya ingin bercucuk tanam ubi kayu.









Menurut porter orang asli kita yang bernama Jones, gambar di atas adalah 'emas muda' yang belum berharga. emas muda ini adalah evolusi bijih timah yang didapati berpuluh tahun dahulu. dan proses untuk menjadi emas matang pula memakan masa berpuluh tahun lagi dari sekarang.







Saudara nabil (berbaju hijau pondan) yang sedang memberikan panduan cara-cara pengendalian camera nikon kepada pelajarnya. (gambar atas dan bawah)





Dua pelajar jurusan Radio fm Geografi merangkap profesional fotographer (gambar atas)



Salah seorang pengphoto yang paling manje dan comel sedang tersenyum di hadapan camera. Katanya, inilah pertama beliau posing di hadapan camera paling murah berjenama nokia milik saya (gambar atas) Doc Jamal adalah satu-satu pengphoto yang agak sukar saya dapatkan gambar wajahnya yang berkarisma (gambar bawah)




Salah seorang pekerja part time kedai tayar cawangan jalan beserah bernama Ahmad Fitri juga terlibat dalam ekspedisi mendaki bukit Pano dan Rama. Dia sentiasa berhalusinasi merasakan dia seorang yang sangat kurus dan kurang makan(gambar atas)

Satu-satunya pelancong dari turkey yang berjaya mendaki puncak bukit Pano dan Rama. Kedatangan beliau ditaja penuh oleh 100plus. (gambar atas)


Saudara Fauzi, pemilik camera yang dikatakan kebal dan tahan lasak (gambar atas). Saudara Lim, yang sentiasa tersenyum apabila berbicara dengan saya (gambar bawah)



Doc Ali yang juga merupakan mentor kepada pengphoto-pengphoto muda di sekitar Kuang Town dan luar negeri- glamour siot beliau. (gambar atas yang ada eye contact)













yang berbaju merah inilah saudara ery yang memandu pacuan 4 roda.. yang berbaju biru saya tidak kenal kerana saya tidak nampak mukanya (gambar atas)