Pages

Thursday, April 28, 2011

texture

aku berdosa, kau mungkin tidak

aku berdosa,
aku berdosa,
aku berdosa..
aku berdosa..
dan aku terus berdosa..

dah pun berganda hitungnya..
dan aku terus menghimpun dosa..
dan juga celakalah aku
membawa bangkai kepada
dunia yang tidak bersalah
walau sedikitpun

Yang Maha Besar..
Yang Maha Pemberi Pengampunan..
ampunkanlah aku
berikan kesempatan
untuk aku mencuci bangkai diri

kita berdosa

dosa aku terlalu banyak..
dosa kau juga terlalu banyak..

kita menghimpun dosa
mahu menjadi ahli neraka

Ya Allah..
kembalikanlah aku ke pangkal jalan
kembalikan mereka ke pangkal jalan
terimalah taubat hambamu ini..
terimalah taubat mereka..

Ya Allah
redhalah hidupku dan matiku
redhalah hidup dan mati mereka..
selamatkan dan sejahterakanlah kami.

kita terlalu mencintai dunia

setiap hari, kita lebih banyak bicarakan tentang warna, tentang berus, tentang ism, tentang teknik, tentang media, tentang pelukis idola atau reference kita, tentang tempat pameran kita yang kononnya dah dirancang untuk 3-4 tahun akan datang.. juga tentang artwork orang ni bagus dan tak bagusnya. selepas itu, kita tunjuk pandai nak ajar orang yang lebih pandai dari kita.. padahal kita sebenarnya terlalu naif atau cetek ilmu.

setiap hari kita banyak menulis blog.. berfacebook, menglike2 kawan kita, menaikkan status di wall tentang apa yang kita buat setiap saat. outing, mengambil gambar, mengedit gambar, kutuk-kutuk dave hill, koyagu dengan keinginan nak jadi photographer nat geo, mengupload gambar supaya orang lain memberi pandangan (padahal nak pujian).

setiap hari.. kita amat-amat mencintai dunia lebih dari kadarnya. sebanyak mana kita sentiasa jujur bertasbih dan bertahmid? sebanyak mana kita mengerti makna 'tunduk dan patuh'? sebanyak mana kita benar mengejar ilmu untuk bekal akan datang? sebanyak mana kita mengerti, apa kita pegang hari ini akan kita tinggalkan ia di esok hari? sebanyak mana kita menyampaikan hal yang benar?

setiap 5 waktu kita melafazkan : Allah Maha Besar sebasar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah diri kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya, solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanyalah untuk Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidak aku menyekutukanNya. Dan demikian aku ditugaskan. Dan aku adalah dari golongan orang-orang muslim.

Dan diterjemahkan, Allah berfirman: Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam - Al An'am (162)


Ya Allah, ampunkan kejahilan hambamu ini, ampunkan dosa hambamu ini.. kembalikanlah aku ke jalan yang benar.

Tuesday, April 05, 2011

keseimbangan dalam ruang

terlalu kecil pemikiran kita,sentiasa cuba mencari keseimbangan dalam menghasilkan karya bagi mengelakkan situasi tension space tanpa kita memikirkan atau tidak pernah kita meghayati keseimbangan yang Allah SWT jadikan dalam aturan hidup kita.

aturan yang pertama.. adalah tikus mondok. spesis yang selalunya kita kaitkan dengan hal yang kotor jijik.. tanpa memikirkan mengapa spesis ini semakin membiak dan dapat dilihat hampir di merata tempat.. dan selalunya, kita seperti menyatakan spesis ini tidak wajar ada dan hidup..

nyatanya, tiap-tiap kejadian Allah itu tidak akan sia-sia. apabila sesuatu ruang (space) itu menjadi tension (penuh kotor) oleh tangan-tangan manusia yang tidak berakal waras.. maka, Allah mendatangkan spesis ini sebagai sebahagian unit pencuci.. untuk mengimbangi (balance) semula sesuatu ruang itu..

bodohnya kita, adalah kerana kita cuba memupuskan spesis yang sedikit sebanyak membantu kita.. antara lain, ia sebagai penyataan bahawa kita akan tahu tempat ini adalah kotor.. seperti kedai contohnya, apabila kita melihat terlalu banyak spesis itu, kita perlu membuat tafsiran bahawa kedai itu adalah kotor..

sekiranya kita tidak mahukan spesis yang kita anggapkan jijik kotor itu membiak dengan banyaknya. perkara yang wajar kita lakukan adalah membersihkan ruang itu dan bukannya dengan cubaan memupuskan spesis ini..

aturan yang kedua.. begitu jugak dengan si gagak hitam pemakan bangkai dan sisa.. apabila tikus2 tidak lagi dapat mengawal kerosakan dan kekotoran yang dilakukan oleh tangan-tangan kita sendiri. Maka Allah akan membuat aturan si gagak hitam yang boleh terbang membantu si tikus-tikus kurap ini.

bicara matahari dan bulan
















kita kagum dengan cahaya bulan yg dilingkari biasan. dan dari dulu sampai sekarang pun kita akan teruja dengan cahaya bulan yang terang benderang.. sehinggalah kita memuja dan memuji bulan kerana cantiknya ia ketika malam.

diwaktu siang, kita mengeluh, panasnya hari.. panasnya bahang matahari. tanpa kita sedar atau mungkin kita terlupa, cantiknya bulan diwaktu malam tu adalah pembalikan cahaya matahari yang kita keluhkan. ibarat kata .. lembu punya susu, sapi dapat nama. kenapa kita tidak memuja dan memuji matahari yang melampiaskan cahayanya pada bulan? tanpa matahari, tiadalah warna yang terzahir lagi. hitam dan pekat gelap.

itu bicara matahari dan bulan.. bagaimana pula kita (sesuatu yang dicipta) dengan Pecipta Yang Mutlak itu? kita terlalu banyak memuja dan memuji seseorang lebih dari haknya.. tanpa kita sedar, martabat orang yang dipuja dan dipuji itu hanya dipinjamkan seperti kita juga. kenapa tidak secara langsung kita memuja dan memuji Pemiliknya?

semua pembaca, penulis, pelukis, jurugambar, pereka grafik, pelajar, guru atau pensyarah dan semua manusia.. segala ilmu, kepandaian, kepakaran, intelektual atau bijaksana, kemahiran dan semua yang ada pada kita... bukan milik kita yang mutlak.. segalanya hanya dipinjamkan sementara untuk kita menghayati, memahami dan mempercayai kebenaran PEMILIK YANG AGUNG.

imaginasi seorang peminjam kamera

bayangkan.. setiap 1 jam, kita mengambil gambar perlakuan kita sendiri sekurang-kurangnya 10 keping untuk kita pamerkan dalam satu pameran fotografi solo kita yang kononnya agak lebih berkonsep berbanding jurufoto-jurufoto yang lain. dan selama setahun, ia berjumlah sekitar 86400 keping (memenuhi ruang pameran galeri rajawali). dan pastinya, kita akan memilih atau melakonkan perlakuan yang terbaik supaya kesemua gambar yang dipamerkan adalah baik dan kita akan terus disangka baik oleh mata-mata melihat nanti. sepertimana kita cuba merakam moment yang cantik dan hampir dengan sempurna sebelum ini, seperti itulah juga kita cuba mendapatkan yang terbaik dalam setiap perlakuan kita. cuma 10 keping utk setiap jam..

bayangkan pula, malaikat yang mencatatkan baik dan buruk kita. malaikat ini, kita cuba anggap seperti jurufoto peribadi kita yang sentiasa mengekori ke mana saja kita berada. bukan saja mengambil gambar kita 10 keping setiap 1 jam.. bahkan setiap detik dia menjadi peneman dan perakam yang paling telus tanpa memikirkan shutter count seperti kita.. akan tiba masanya, perlakuan kita akan dipamerkan.. akan lebih lagi dari apa yang kita bayangkan. ketika itu, kita akan merasakan kita berada di kalangan orang-orang yang rugi kerana kita telah mensia-siakan sebahagian besar hidup kita.

YA ALLAH, AMPUNKANLAH HAMBAMU INI

Allah lebih Mengetahui

Ketahuilah orang-orang yang selama ini terhijab dengan perkara yang telah ditakdirkan olehNya... sesungguhnya kau tidak menyedari apa yang telah kau katakan kerana hati kau terlalu buta untuk melihat hakikat yang tersembunyi. Bisikan-bisikan iblis telah merasuk keseluruh pembuluh darah kau kerana kau terlalu lupa akan janji-janjiNya.

Kau menyalahkan orang lain menzalimi diri kau, sedangkan kaulah yang menzalimi diri kau sendiri. Kau telah menelan racun-racun dusta dan kau juga telah memaksa orang lain menelan racun-racun dusta itu juga.

Sebanyak mana kau berkata-kata (fitnah), sebanyak itulah kau akan dihitung kelak. Sebanyak mana kau cuba menyembunyikan kebenaran... sebanyak itulah kebodohan kau akan kelihatan kelak.

Manusia yang angkuh, riak dan takbur. Kau menceritakan perihal orang lain untuk menutup kelemahan dan dosa-dosa yang kau sendiri pernah lakukan. Apakah kau masih tidak sedar, sesungguhnya Allah sedang memberi peringatan kepada kau yang sedang songsang hati?

Kau mengatakan yang kau cukup redha dengan ketentuan Allah terhadap diri kau... tapi hakikatnya, kau tidak memahami akan pengertian redha itu. Allah berfirman : "Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kamu ke jalan redha lagi diredhai." Jika hati kau sedang busuk dengan dendam dan amarah yang membabi buta.. maka kau bukanlah seorang yang mempunyai hati yang tenang.. Mustahil kau memiliki makna redha dan diredhai itu, selagi hati kau dipenuhi sampah-sampah.

Kau terlalu bongkak kerana kau merasakan yang kau akan selalu mendapat perkara yang lebih baik atas apa yang telah terjadi. Tanpa kau berfikir kenapa perkara itu terjadi ke atas diri kau sendiri dan tanpa kau sedar orang lain yang wajar mendapat perkara baik itu.

Hitung saja hari-hari, kebenaran hanya pada yang hak... dan pada yang salah, satu persatu hukumanNya akan mendatangi kau. Percayalah, doa orang-orang yang dizalimi itu akan dimakbulkan oleh Allah. Hanya tunggu dan lihat jika kau masih menzalimi kepada orang yang sedang tunduk dan sujud kepada DIA.

Maha Suci Allah... Dia yang menjadikan sesuatu itu tanpa dengan sia-sia.

sekadar pengetahuan cetek aku

Seni dan Islam. Dua perkataan yang terasing tapi mempunyai hubungan yang rapat. Perkataan seni berkait rapat dengan fahaman individu dan budaya masyarakat. Dalam seni, kononnya tidak ada kesalahan. Buatlah apa saja, tidak ada yang salah.. yang ada cumalah kelemahan yang 'mencacatkan'. Seni juga adalah kesan kreativiti individu dan juga pengaruh unsur budaya dalam masyarakat.

Islam pula bukanlah atau tidak samasekali berkait dengan kesan kreativiti atau pengaruh unsur budaya. Islam adalah agama fitrah, yang diwahyukan dari Allah kepada Muhammad saw. Islam tidak dengan sewenang-wenangnya buatlah apa saja, tidak ada yang salah.

Sudah wujud kontradiksi tegang di sini. Mana yang perlu diturut?

Dalam 1 konteks, Seni juga adalah cabang ilmu. Dan ilmu itu punya Pemilik Yang Hak. Idea dan kreatif yang tercetus untuk menghasilkan karya tersohor bukannya datangnya dari kita sendiri. Ia dari puncak Yang Maha Tinggi. Allah berfirman "Takkan gugur sehelai roma dari tubuh kamu melainkan dengan izin Aku" Boleh tiba masanya, hanya dengan sekelip mata sahaja kita bisa terencat akal dengan "Kun"Nya.

Mengapa insan seni terpilih memiliki bakat dan daya kreatif yang hebat? Tidak ada sebab lain melainkan hanyalah untuk tunduk, bersyukur dan memahami ilmu tu untuk 'mendekati' Pemilik kerajaan ilmu.

Firman Allah "Wahai orang-orang yang bertaqwa, bertaqwalah kamu dengan sebenar-benarnya taqwa. Dan janganlah sesekali kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam"

kulat akal

aku seperti hanya berada dalam dunia aku sendiri tapi aku merasakan dunia aku amat indah.. sama macam Alice in Wonderland. disebabkan itulah aku baru dengar cerita pasal pendusta-pendusta agama yg sibuk nak bakar al-quran.

sebelum ini, aku ada dengar dr ali bercakap-cakap tentang hal ini.. tapi telinga aku cam ada sedikit trouble. semalam, waktu lepak minum dengan tuan empunya gym di sungai iaitu bro regim, isu ini dibangkitkan terus masuk ke corong telinga aku yang kekosongan. takpe, aku nak tunggu dua hari lg apa akan berlaku.. mungkin akan berulang sejarah binasanya tentera bergajah abrahah dengan burung-burung Ababil yang membawa Sijjil atau batuan kecil dari tanah yang terbakar..

atau mungkin juga Allah akan memperlihatkan keAgunganNya dengan cara yang berbeza..

apapun, tak payahlah kita layan kebodohan pak pandir-pak pandir moden yang bodoh ini.. firman Allah yang bermaksud : "Dan janganlah kamu mencerca berhala-berhala yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan" (al-An'am, ayat 108)

dan juga ada ayat ni.. "Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berbuat zalim dari mereka. Katakanlah (kepada mereka): Kami beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada kami dan kepada Taurat dan Injil yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri" (al-Ankabut, ayat 46)